Pages

Friday 15 February 2013

Jurulatih Kecergasan Peribadi (Pro Dan Kontra)

Pro
  1. MOTIVASI -.Rata - rata sangup membayar untuk keahlian di gimnasium. Yang menjadi masalahnya, dengan semangat `hangat-hangat tahi ayam,`ramai yang kecundang selepas bulan pertama. Dengan adanya jurulatih kecergasan, ini akan menjadi motivasi buat anda untuk ke gimnasium.
  2. TERSUSUN-Segalanya. Daripada jadual senaman, hinggalah jenis makanan dalam menu diet seimbang anda, semuanya akan disusun oleh jurulatih. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sediakan wang bulanan dan ikut segala yang telah di atur bagi mencapai apa yang diinginkan.
Kontra
  1. KOS - Kos bayaran bulanan gimnasium berbeza mengikut tempat dan pakej. Tetapi selalunya jika pakej yang didatangkan bersama dengan jurulatih kecergasan, harganya tinggi dan ini merupakan salah satu kekangan. Jika anda bergaji kecil, jangan terlalu bermimpi untuk mempunyai jurulatih peribadi.
  2. KEBOLEHAN - Kadangkala memilih jurulatih peribadi tidaklah susah, tetapi ia perlukan kesefahaman. Kadangkala selepas beberapa ketika latihan dijalankan, anda mungkin menyedari bahawa dia tidak mampu memberikan tunjuk ajar seperti yang anda inginkan.


0 comments:

Post a Comment