Pages

Monday 30 April 2012

Berus gigi

       
Berus gigi adalah sejenis alat yang terdiri daripada sebuah berus kecil yang digunakan untuk membersihkan gigi dengan menggosok gigi. Pada kebiasaanya, ubat gigi yang selalunya mengandungi florida ditambahkan ke atas berus gigi bagi memudahkan lagi pembersihan gigi. Berus gigi datang dengan pelbagai tekstur berus, serta pelbagai saiz dan bentuk. Kebanyakandoktor gigi menyarankan berus gigi yang dilabelkan "Soft" (maksud: lembut), kerana berus yang keras boleh merosakkan enamel gigi. Berus gigi selalunya diperbuat daripada serat sintetik, namun terdapat juga berus gigi dengan bahan semula jadi. Berus gigi komersial pertama telah dicipta oleh Goldstein dan Hautman pada 1875.


The toothbrush is an oral hygiene instrument used to clean the teeth and gums that consists of a head of tightly clustered bristles mounted on a handle, which facilitates the cleansing of hard-to-reach areas of the mouth. Toothpaste, which often containsfluoride, is commonly used in conjunction with a toothbrush to increase the effectiveness of toothbrushing. Toothbrushes are available with different bristle textures, sizes and forms. Most dentists recommend using a toothbrush labelled "soft", since hard bristled toothbrushes can damage tooth enamel and irritate thegums.[1] Toothbrushes have usually been made from synthetic fibers since they were developed, although animal bristles are still sometimes used

Petua Memilih Berus Gigi


Anda mesti memilih berus:
1.Sesusi dengan saiz mulut. Jangan gunakan berus gigi dewasa jika anda masih kecil.
2.Mempunyai gagang yang selesa untuk dipegang. Gagang tidak boleh terlalu
panjang.
3.Mempunyai bulu berus yang lembut atau sederhana lembut.
4.Memberus gigi secara teratur.
5.Memastikan semua permukaan gigi anda telah diberus dengan bersih.
6.Menukar berus gigi sekurang-kurangnya tiga hingga empat
bulan sekali atau apabila bulunya telah lusuh.
7.Jangan lupa memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari,
di waktu pagi setelah sarapan dan lebih penting lagi sebelum tidur.
8.Anda juga digalakkan menggunakan ubat gigi berfluorida setiap kali memberus
gigi. Ini akan memhantu menguatkan Iapisan luar gigi anda daripada serangan
asid yang berterusan.

Lain- lain tip


  •  Berus gigi anda selepas setiap kali makan, jika boleh.
  • Berus gigi anda setiap pagi dan waktu malam sebelum tidur.
  • Berus gigi pada sudut 45 darjah. Sentiasa letakkan berus gigi anda di pangkal leher gigi dan gusi. Gunakan cara memberus secara bulatan ke atas dan ke bawah dan mengurut gusi anda pada masa yang sama.
  • Jangan memberus gigi secara paksa, ini boleh menyebabkan penghakisan gigi dan keradangan gusi akibat cara memberus gigi yang salah.
  • Bersihkan setiap permukaan, pipi, lidah dan gigi.
  • Ambil masa secukupnya sewaktu memberus gigi anda. Pembersihan gigi yang baik selalunya mengambil masa sekitar dua minit.
  •  Sentiasa tukar cara memberus gigi anda kerana melakukan dengan cara yang sama mungkin boleh meninggalkan kawasan kotor secara tidak sengaja.
  • Pilih berus gigi yang betul; yang mempunyai berus lembut silang pangkah yang bulat. Berus gigi baik seharusnya membolehkan anda mencapai gigi yang paling belakang dalam mulut.
  • Kerap tukar berus gigi anda, seelok-eloknya setiap tiga hingga empat bulan, lebih-lebih lagi apabila berus sudah pudar atau pecah.

Kenapa Perlu Kerap Menukar Berus Gigi ??

SETIAP orang mempunyai tabiat tersendiri. Sama ada perlakuan itu positif atau negatif pastinya akan mempengaruhi kehidupan. Contoh yang paling mudah tabiat makan pada waktu malam dan tidak memberus gigi tentunya akan memberi kesan kepada kesihatan gigi. Lama kelamaan gigi akan rosak, sekali gus membuatkan penampilan kurang sempurna. Menukar berus gigi setiap tiga bulan, anda mampu berubah menjadi individu yang lebih sihat serta bahagia.


ni terbukti menerusi kajian dijalankan Persatuan Pergigian Chicago Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, beribu-ribu bakteria boleh membiak di atas berus gigi berbulu. Ada sesetengah boleh menyebabkan selesema dan virus kudis pada mulut. 

Menerusi kajian ini, pakar pergigian menggalakkan rakyat AS menukar berus gigi setiap tiga bulan bagi kesihatan mulut yang optimum, namun hanya 8.6 peratus pengguna mematuhinya manakala yang lain menggantikan berus gigi setiap sembilan bulan. Berbeza dengan rakyat Jepun kerana mereka lebih bijak dan menghargai kesihatan apabila menggantikan berus gigi setiap 3.1 bulan.

Menurut Pakar Pergigian AS, Tom Glass, berus gigi harus dibuang selepas 40 hingga 50 penggunaan. Individu sihat perlu membeli berus gigi baru setiap tiga bulan manakala mereka yang bermasalah gusi, mulut dan mempunyai imunisasi yang lemah perlu menukar berus gigi lebih kerap.


“Mereka yang mempunyai penyakit pernafasan atau penyakit berjangkit perlu menukar berus pada awal penyakit, seterusnya apabila penyakit mereka bertambah baik. Berus gigi pula perlu ditukar setiap hari untuk pesakit yang baru pulih daripada pembedahan kerana pada masa ini, jangkitan kuman adalah lebih tinggi,” katanya.

Ramai tidak tahu berus gigi adalah tempat pembiakan biasa bagi kuman dan kulat kerana sering basah dan boleh tercemar menerusi bakteria di bilik mandi yang datang apabila seseorang mengepam tandas.

Oleh itu, menyimpan berus gigi di tempat kering serta jauh dari tandas adalah cara paling selamat memastikan berus gigi bebas mikro organisma.

Persatuan Pergigian Malaysia juga mengesyorkan menukar berus gigi sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mampu menghalang bakteria daripada memasuki mulut.  Ini terbukti selepas tiga bulan penggunaan berus gigi menjadi haus dan lusuh serta kurang berkesan ketika membuang plak. Bakteria juga boleh tertinggal dan hidup secara semula jadi di dalam mulut selepas menggunakan berus gigi secara berulang-ulang. 

Batang pemegang berus juga sangat penting bagi memastikan pemberusan sempurna. Penyelidikan juga menunjukkan bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu.

Orang yang mengalami kecederaan atau kecacatan tangan lebih suka kepada gagang tebal kerana boleh memegang dengan selesa. Pengguna lain pula gemar dengan gagang lebih nipis manakala kanak-kanak memilih pemegang yang gebu dan gemuk. 


  1. Untuk Maklumat Lanjut sila layari laman web  Malaysia Dental Association     www.mda.org.my
     2.  Lagu berus gigi yang kelakar    http://www.youtube.com/watch?v=qsiCiePUstc

 Iklan
Berus gigi anda rosak?
Malas hendak beli berus gigi?
Berus gigi di pasaran mahal?

Jadi dapatkan berus gigi anda dengan menghantar pesanan ke no 017 6822975  bersama bayaran RM 5.00 bersama data berikut dan dapatkan berus gigi tersebut di rumah.

a)   Nyatakan jenis berus gigi tersebut. Example : soft , medium, hard
b)   Masukkan jumlah bayaran ke akaun maybank2u.com di akaun 166010146115  Mohd Rizal bin                   Mazalan
b)   Sms alamat rumah seperti no di atas.

Penghantaran dijamin.

How Often Should I Replace My Toothbrush?

When ?

For the best results from brushing, you should replace your toothbrush:
  • At least every three months
  • When bristles begins to show wear
  • After an illness such as a cold or flu

Why ?

Reasons why you should replace your toothbrush frequently:
  • Toothbrushes just simply wear out
  • Toothbrushes are often worn enough to be replaced before they look worn
  • Bristles breakdown and lose their effectiveness
  • Worn and fractured bristles are a breeding ground for germs, fungus and bacteria
  • Worn toothbrushes can damage gum tissue

So , if you got problem and want to change your toothbrush  with easy way just follow this simple step..The toothbrush will there at your house.

a) Give the type of toothbrush u want ( for example : soft, medium or hard

b) bank in for RM5.00 for one toohbrush in account 166010146115  Mohd Rizal bin Mazalan

a)Sms your adress at 017 6822975


Thank u




Gambar - Gambar Berus Gigi Yang Menarik Untuk Tatapan (Tapi x Jual Yer)


HEhehehehe

Berus Gigi Untuk Elak Nafas Berbau Busuk



TAHUKAH anda bau mulut yang busuk, pereputan gigi dan gusi bengkak berpunca daripada plak? Memiliki kesihatan mulut yang sempurna penting untuk memiliki personaliti meyakinkan dalam hidup?
Plak adalah masalah utama penjagaan mulut. Menentang plak adalah proses sepanjang hayat untuk mendapatkan kesihatan mulut yang sempurna. 
Plak boleh menyebabkan pembentukan kaviti (lubang) yang melemahkan gigi. Terdapat peningkatan risiko pembentukan kaviti sekiranya plak tidak dibuang dengan pemberusan sempurna dan melakukan flos.

Sekiranya dibiarkan, kaviti mungkin akan menjadi besar dan memberi tanda seperti sakit gigi yang akan bertukar menjadi jangkitan.

Dalam satu kajian dilakukan The Nielsen Co, ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui fakta ini justeru, mereka tidak terlalu mengambil berat kepentingan penjagaan mulut.

Jangan perlekehkan hal ini kerana bermula dengan kesihatan mulut yang terjaga rapi, ia membantu anda membina keyakinan diri seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.

Justeru, Oral-B, pakar penjagaan mulut yang memiliki lebih 50 tahun pengalaman dan jenama yang disarankan doktor gigi seluruh dunia kini melancarkan kempen Oral-B ‘Brush More, Smile More Malaysia 2012’ dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai plak sebagai punca utama masalah gigi.

Di samping itu, ia turut bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan mulut untuk mencapai personaliti yang meyakinkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Singapura, Ellie Xie, berkata, kajian terbaru yang dijalankan The Nielsen Co pada 18 Januari hingga 7 Februari lalu terhadap 300 rakyat Malaysia mendapati, 54 peratus rakyat Malaysia tidak memahami apakah itu plak, sementara majoriti (sehingga 95 peratus) tidak tahu plak punca utama masalah gigi.

Bagaimanapun, 93 peratus daripada responden bersetuju nafas yang segar membina keyakinan.

“Dengan kedudukan jenama kukuh ini, Oral-B di Malaysia sesuai untuk menyampaikan selok-belok penjagaan mulut kepada pelanggan bagi mendapatkan senyuman lebih meyakinkan,” katanya pada majlis perasmian dan pelancaran kempen berkenaan, baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Setiausaha Kehormat Persatuan Pegigian Malaysia, Dr Chow Kai Foo. Hadir sama, pakar bedah gigi dan angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed, yang menyampaikan ceramah berkenaan kepentingan memiliki gigi yang sihat untuk senyuman meyakinkan.

Selain itu, Pengarah Operasi Cold Storage, Charles Van Coller dan Pengurus Besar Giant, Tham Oi Loon, turut hadir memeriahkan suasana.

Kajian ke atas 300 rakyat Malaysia berusia antara 16 hingga 55 tahun mendapati, walaupun majoriti (95 peratus) menyedari masalah gigi utama, hanya 44 peratus benar-benar bimbang mengenainya.

Kajian juga mendapati, rakyat Malaysia rajin memberus gigi mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap hari (72 peratus) tetapi tidak menggunakan teknik memberus yang betul seperti disarankan doktor gigi.

Apabila bercakap mengenai keyakinan, 93 peratus responden bersetuju nafas yang bersih membina keyakinan manakala 78 peratus responden bersetuju mereka berasa kurang yakin sekiranya mempunyai gigi yang reput.

Sementara itu, 81 peratus lagi mengawal ketawa sekiranya mereka mempunyai gusi yang bengkak dan nafas yang busuk.

Sehingga 54 peratus daripada mereka bersetuju mereka tidak akan keluar untuk janji temu dengan orang yang memiliki nafas berbau sementara 59 peratus wanita bersetuju mereka lebih rela keluar untuk temu janji dengan lelaki botak berbanding lelaki bernafas busuk.

Atas sebab ini, doktor gigi menyarankan pemeriksaan mulut dilakukan setiap enam bulan. Bagaimanapun, menurut kajian itu, hanya 10 peratus responden mengunjungi doktor gigi dua kali setahun. Lebih membimbangkan, 79 peratus mengunjungi doktor gigi hanya apabila mereka mempunyai masalah gigi.

Dr Faiz dalam ceramahnya menyatakan, penggunaan berus gigi dan teknik memberus yang betul adalah cara termudah membuang plak setiap hari.

“Kebanyakan orang berpendapat tidak perlu menjalani pemeriksaan gigi sekiranya tidak berasa sakit. Itu persepsi yang perlu diubah kerana pemeriksaan berkala akan mengesan masalah dengan lebih cepat,” katanya. 

Panduan Penjagaan Mulut Bayi


Baru lahir hingga 24 bulan
1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.
3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
Umur 2-6 tahun
1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anakanak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahagian gigi yang rapat.
3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
Umur 6-12 tahun
1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanakkanak dengan pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanakkanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
Kanak-kanak dari semua peringkat umur
1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Hukum Bersugi (Berus Gigi) Ketika Puasa

Hukum bersugi atau berus gigi ketika puasa adalah harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud : “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai) Rumusan yang dapat diambil dari...

Tips Penjagaan Gigi Oleh Doktor Pakar


1. Berus Gigi Anda
Ini semua orang tahu kan. Cara yang betul untuk berus gigi ialah, berus gigi sekurang-kurannya 2 kali sehari. Setiap sesi 2 minit.  Berus gigi sebelum tidur untuk mengelakkan saliva(air liur) yang sama menjadi pelindung gigi anda ketika tidur. Dan  jikalau boleh berus gigi selepas  makan tengahari. Berus gig ketika siang hari boleh mengurangkan kerosakan oleh plak.
2. Gunakan berus gigi kering semasa pembersihan
Ini ramai orang tak buat kan. Selalu main hentam je guna berus gigi tak kira kering ke basah. Satu fakta, bukannya ubat gigi yang membersihkan gigi kita, tetapi mekanisma berus gigi itu yg membantu. Ubat gigi cuma membantu menghilangkan bau mulut sahaja. Okeh, lepas ni kena praktikkan betul-betul. Berus dahulu gigi tu menggunakan berus gigi yang kering. Jadi, maksudnya, lepas dah guna berus gigi tu, letaklah ditempat yang kering. Jangan biarkan je kat dalam bilik mandi yang bersekitaran lembab dan basah tu.hehe
3.Bersihkan depan dan belakang gusi menggunakan berus gigi.
Selepas membersihkan dengan berus gigi yang kering, boleh guna berus gigi yang diletakkan ubat gigi untuk membersihkan bahagian gusi dan juga bahagian mulut yang lain. Bakteria bukannya seratus peratus berada dekat gigi. Kebanyakkan bakteria juga akan hinggap di bahagian gusi kita. Jadi, rajin-rajinkanlah berus  gusi anda untuk penjagaan gigi yang sihat. Oya, tak lupa juga bahagian lidah anda.
Sekarang ni dah ada berus gig yang khas untuk memebrus bahagian gusi dan bahagian lidah sahaja. Banyak di pasaran cuba tengok, murah-murah je.
4. Kuantiti ubat gigi.
Seperti yang telah diterangkan pada point no 2 tadi, ubat gigi tidak membersihkan gigi kita, tetapi mekanisma berus gigi tersebut. Maka kuantiti yang disarankann oleh doktor-doktor gigi di dunia ialah sebesar biji kekacang sahaja.(macam iklan colgate pula.hehe).Okay, faedah yang korang dapat jika mengamalkan tips ini, bukan sahaj gigi akan sihat, malahan jimat belanja bulanan korang untuk membeli ubat gigi. Bolehlah korang simpan sedikit duit tu untuk belanja anak-anak ke, isteri ke mahupun awek korang.
Okaylah, sekadar itu sahaja tips ringkas berkenaan penjagaan gigi  yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat


BERUS GIGI LEMBUT UNTUK BAYI



BERUS GIGI LEMBUT UNTUK BAYI


BERUS GIGI LEMBUT UNTUK BAYI










































Berita Hangit :  Seorang Remaja Tertelan Berus Gigi Ketika Oral Seks
Seorang remaja Romania terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah tertelan berus gigi semasa dia berlatih Seorang remaja Romania terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah tertelan berus gigi semasa dia berlatih melakukan seks oral. Andreea Vlad, 16, dari Falticeni di Romania timur, pada awalnya mengatakan dia tertelan berus gigi kerana terjatuh.

Tapi ketika para petugas perubatan melakukan pemeriksaan mereka mendapati bahawa ia tidak memiliki kecederaan yang membuktikan dia telah jatuh. Tetapi setelah ditanya dengan lebih lanjut dia mengakui dia dan beberapa teman telah menonton film porno dan telah tertelan berus gigi untuk latihan teknik seks oral dan meniru gaya perempuan dalaam filem itu. Seorang jurucakap hospital di Suceava dimana dia dirawat berkata: "Gadis ini sangat bernasib baik. Dia tidak menderita kerosakan dalaman yang teruk kerana tertelan berus gigi.melakukan seks oral. Andreea Vlad, 16, dari Falticeni di Romania timur, pada awalnya mengatakan dia tertelan berus gigi kerana terjatuh.
deraan yang membuktikan dia telah jatuh. Tetapi setelah ditanya dengan lebih lanjut dia mengakui dia dan beberaHHidup Tanpa Berus Gigi




Awas kalau tak gosok gigi pergilah mu dari sisiku.. Bau dia halamak kalah bau kopi da..jauh sekali bau cik nescafe kat kedai halimah joggang tu erk.. Isyh.. mulu tak der insuran plak.
Apa akan jadi sekiranya kehidupan ini tanpa cik berus gigi?
  1. Kemungkinan kita akan menggunakan khidmat pakar jeari-jemari kita ..
  2. Ambil kain kemudian tenyeh kat gigi ..
  3. Kalau zaman Rasulullah ada kayu sugi :)
  4. Pasti gigi akan di jual dalam 25 karat..
  5. Sabut kelapa adalah gunakan sahaja. Ambil kayu ais – crem jadikan ia sebagai bahan pemegangnya ;)