Definisi ; sukar untuk tidur
Jawapan
Insomania adalah keadaan apabila kita susah untuk tidur di waktu malam. Antara faktor - faktor yang boleh menggangu tabiat tidur adalah ;
- Perubahan waktu masuk tidur
- Kuat tidur pada waktu siang
- Persekitaran yang tidak sesuai untuk tidur seperti bising, panas atau terang
- Bekerja shift
- Tidak bersenam dengan secukupnya
- Banyak ganguan di bilik tidur seperti televisyen, radio, telefon pintar dan komputer.
- Perokok tegar
- Terlalu banyak pengambilan kafein seperti kopi dan teh.
- Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti pil diet
- Ganguan emosi seperti runsing, cemas dan murung
Sebelum berjumpa doktor untuk masalah insomnia, berikut antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membantu anda tidur
- Bersenam pada waktu petang
- Memakai pakaian yang selesa
- Mengeluarkan barangan elektrik dari bilik tidur anda seperti televisyen, radio dan komputer
- Tutup lampu sebelum tidur (keadaan gelap adalah yang terbaik)
- Berhenti minum kopi pada waktu petang
Jika masih gagal, anda boleh mengambil hormon melatonin (hormon yang diperlukan untuk menghasilkan rasa mengantuk ) di waktu malam. Hormon ini boleh membantu anda mengantuk dan ia tidak menyebabkan ketagihan. Sekiranya anda masih gagal, disarankan untuk berjumpa doktor berdekatan agar masalah insomnia oleh dirawat.
0 comments:
Post a Comment