Kad kredit merupakan kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Semua orang tahu, tapi sejauh mana pula kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan kad kredit? Adakah perlu anda menggunakannya?
Kad kredit beri lebih keburukan. Mungkin betul ! Jika seseorang menggunakan menggunakan kad kredit ikut nafsu dan tidak berjimat- cermat, pasti mengundang bahaya. Namun di sebalik keburukan itu, ada kebaikan yang mesti anda ketahui. Faham dan bezakan sendiri baik buruknya.
Kebaikan
- Jika kita melancong ke luar negara, biasanya perlu menukar wang ke mata wang asing. Dengan kad kredit anda tidak perlu membuat demikian.
- Jika menggunakan kad kredit, kita boleh membuat bayaran dalam apa jua wang diseluruh dunia.
- Jika pengguna boleh membuat hutang dalam tempoh tertentu, caj kewangan juga rendah.
- Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.
- Dapat melindungi sesuatu pembelian terhadap kemungkinan penipuan.
- Satu kaedah untuk merangsang ekonomi negara kerana pembeli yang mempunyai kad kredit biasanya akan membeli sesuatu dalam jumlah yang besar.
Keburukan
- Elak membeli lebih dari satu kad kredit kerana ia boleh menjadikan anda gila disebabkan masalah hutang bertimbun.
- Kesilapan menggunakan kad kredit boleh menyebabkan anda menjadi bankrup
- Urusan diuruskan di komputer. Kadar penyelewengan mudah berlaku
- Menjadikan anda mudah untuk berbelanja melebihi pendapatan
- Ramai pengguna tidak tahu menggunakan harga atau tawar menawar dengan penjual sekiranya menggunakan kad kredit
- Tidak semua pusat beli belah menerima penggunaan kad kredit.
Memilih Kad Kredit Atau Tidak
- Bisanya untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit akan mengenakan yuran yang rendah pada tempoh tertentu. Anda boleh buat perbandingan tentang yuran, caj dan dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit sebelum memilih kad kredit.
- Paling baik adalah memilih kad kredit yang mempunyai yuran yang rendah.
Perlu Tahu
- Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak anda dan kemudiannya meminta bayaran dalam bentuk penyata bulanan.
0 comments:
Post a Comment