TAHUKAH anda bau mulut yang busuk, pereputan gigi dan gusi bengkak berpunca daripada plak? Memiliki kesihatan mulut yang sempurna penting untuk memiliki personaliti meyakinkan dalam hidup?
Plak adalah masalah utama penjagaan mulut. Menentang plak adalah proses sepanjang hayat untuk mendapatkan kesihatan mulut yang sempurna.
Plak boleh menyebabkan pembentukan kaviti (lubang) yang melemahkan gigi. Terdapat peningkatan risiko pembentukan kaviti sekiranya plak tidak dibuang dengan pemberusan sempurna dan melakukan flos.
Sekiranya dibiarkan, kaviti mungkin akan menjadi besar dan memberi tanda seperti sakit gigi yang akan bertukar menjadi jangkitan.
Jangan perlekehkan hal ini kerana bermula dengan kesihatan mulut yang terjaga rapi, ia membantu anda membina keyakinan diri seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Justeru, Oral-B, pakar penjagaan mulut yang memiliki lebih 50 tahun pengalaman dan jenama yang disarankan doktor gigi seluruh dunia kini melancarkan kempen Oral-B ‘Brush More, Smile More Malaysia 2012’ dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai plak sebagai punca utama masalah gigi.
Di samping itu, ia turut bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan mulut untuk mencapai personaliti yang meyakinkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Singapura, Ellie Xie, berkata, kajian terbaru yang dijalankan The Nielsen Co pada 18 Januari hingga 7 Februari lalu terhadap 300 rakyat Malaysia mendapati, 54 peratus rakyat Malaysia tidak memahami apakah itu plak, sementara majoriti (sehingga 95 peratus) tidak tahu plak punca utama masalah gigi.
Bagaimanapun, 93 peratus daripada responden bersetuju nafas yang segar membina keyakinan.
“Dengan kedudukan jenama kukuh ini, Oral-B di Malaysia sesuai untuk menyampaikan selok-belok penjagaan mulut kepada pelanggan bagi mendapatkan senyuman lebih meyakinkan,” katanya pada majlis perasmian dan pelancaran kempen berkenaan, baru-baru ini.
Majlis dirasmikan Setiausaha Kehormat Persatuan Pegigian Malaysia, Dr Chow Kai Foo. Hadir sama, pakar bedah gigi dan angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed, yang menyampaikan ceramah berkenaan kepentingan memiliki gigi yang sihat untuk senyuman meyakinkan.
Selain itu, Pengarah Operasi Cold Storage, Charles Van Coller dan Pengurus Besar Giant, Tham Oi Loon, turut hadir memeriahkan suasana.
Kajian ke atas 300 rakyat Malaysia berusia antara 16 hingga 55 tahun mendapati, walaupun majoriti (95 peratus) menyedari masalah gigi utama, hanya 44 peratus benar-benar bimbang mengenainya.
Kajian juga mendapati, rakyat Malaysia rajin memberus gigi mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap hari (72 peratus) tetapi tidak menggunakan teknik memberus yang betul seperti disarankan doktor gigi.
Apabila bercakap mengenai keyakinan, 93 peratus responden bersetuju nafas yang bersih membina keyakinan manakala 78 peratus responden bersetuju mereka berasa kurang yakin sekiranya mempunyai gigi yang reput.
Sementara itu, 81 peratus lagi mengawal ketawa sekiranya mereka mempunyai gusi yang bengkak dan nafas yang busuk.
Sehingga 54 peratus daripada mereka bersetuju mereka tidak akan keluar untuk janji temu dengan orang yang memiliki nafas berbau sementara 59 peratus wanita bersetuju mereka lebih rela keluar untuk temu janji dengan lelaki botak berbanding lelaki bernafas busuk.
Atas sebab ini, doktor gigi menyarankan pemeriksaan mulut dilakukan setiap enam bulan. Bagaimanapun, menurut kajian itu, hanya 10 peratus responden mengunjungi doktor gigi dua kali setahun. Lebih membimbangkan, 79 peratus mengunjungi doktor gigi hanya apabila mereka mempunyai masalah gigi.
Dr Faiz dalam ceramahnya menyatakan, penggunaan berus gigi dan teknik memberus yang betul adalah cara termudah membuang plak setiap hari.
“Kebanyakan orang berpendapat tidak perlu menjalani pemeriksaan gigi sekiranya tidak berasa sakit. Itu persepsi yang perlu diubah kerana pemeriksaan berkala akan mengesan masalah dengan lebih cepat,” katanya.
Panduan Penjagaan Mulut Bayi
Baru lahir hingga 24 bulan
1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.
3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
Umur 2-6 tahun
1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anakanak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahagian gigi yang rapat.
3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
Umur 6-12 tahun
1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanakkanak dengan pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanakkanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
Kanak-kanak dari semua peringkat umur
1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.
Hukum Bersugi (Berus Gigi) Ketika Puasa
Hukum bersugi atau berus gigi ketika puasa adalah harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud : “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai) Rumusan yang dapat diambil dari...
Tips Penjagaan Gigi Oleh Doktor Pakar
1. Berus Gigi Anda
Ini semua orang tahu kan. Cara yang betul untuk berus gigi ialah, berus gigi sekurang-kurannya 2 kali sehari. Setiap sesi 2 minit. Berus gigi sebelum tidur untuk mengelakkan saliva(air liur) yang sama menjadi pelindung gigi anda ketika tidur. Dan jikalau boleh berus gigi selepas makan tengahari. Berus gig ketika siang hari boleh mengurangkan kerosakan oleh plak.
2. Gunakan berus gigi kering semasa pembersihan
Ini ramai orang tak buat kan. Selalu main hentam je guna berus gigi tak kira kering ke basah. Satu fakta, bukannya ubat gigi yang membersihkan gigi kita, tetapi mekanisma berus gigi itu yg membantu. Ubat gigi cuma membantu menghilangkan bau mulut sahaja. Okeh, lepas ni kena praktikkan betul-betul. Berus dahulu gigi tu menggunakan berus gigi yang kering. Jadi, maksudnya, lepas dah guna berus gigi tu, letaklah ditempat yang kering. Jangan biarkan je kat dalam bilik mandi yang bersekitaran lembab dan basah tu.hehe
3.Bersihkan depan dan belakang gusi menggunakan berus gigi.
Selepas membersihkan dengan berus gigi yang kering, boleh guna berus gigi yang diletakkan ubat gigi untuk membersihkan bahagian gusi dan juga bahagian mulut yang lain. Bakteria bukannya seratus peratus berada dekat gigi. Kebanyakkan bakteria juga akan hinggap di bahagian gusi kita. Jadi, rajin-rajinkanlah berus gusi anda untuk penjagaan gigi yang sihat. Oya, tak lupa juga bahagian lidah anda.
Sekarang ni dah ada berus gig yang khas untuk memebrus bahagian gusi dan bahagian lidah sahaja. Banyak di pasaran cuba tengok, murah-murah je.
4. Kuantiti ubat gigi.
Seperti yang telah diterangkan pada point no 2 tadi, ubat gigi tidak membersihkan gigi kita, tetapi mekanisma berus gigi tersebut. Maka kuantiti yang disarankann oleh doktor-doktor gigi di dunia ialah sebesar biji kekacang sahaja.(macam iklan colgate pula.hehe).Okay, faedah yang korang dapat jika mengamalkan tips ini, bukan sahaj gigi akan sihat, malahan jimat belanja bulanan korang untuk membeli ubat gigi. Bolehlah korang simpan sedikit duit tu untuk belanja anak-anak ke, isteri ke mahupun awek korang.
Okaylah, sekadar itu sahaja tips ringkas berkenaan penjagaan gigi yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat
BERUS GIGI LEMBUT UNTUK BAYI
Berita Hangit : Seorang Remaja Tertelan Berus Gigi Ketika Oral Seks
Seorang remaja Romania terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah tertelan berus gigi semasa dia berlatih Seorang remaja Romania terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah tertelan berus gigi semasa dia berlatih melakukan seks oral. Andreea Vlad, 16, dari Falticeni di Romania timur, pada awalnya mengatakan dia tertelan berus gigi kerana terjatuh.
Tapi ketika para petugas perubatan melakukan pemeriksaan mereka mendapati bahawa ia tidak memiliki kecederaan yang membuktikan dia telah jatuh. Tetapi setelah ditanya dengan lebih lanjut dia mengakui dia dan beberapa teman telah menonton film porno dan telah tertelan berus gigi untuk latihan teknik seks oral dan meniru gaya perempuan dalaam filem itu. Seorang jurucakap hospital di Suceava dimana dia dirawat berkata: "Gadis ini sangat bernasib baik. Dia tidak menderita kerosakan dalaman yang teruk kerana tertelan berus gigi.melakukan seks oral. Andreea Vlad, 16, dari Falticeni di Romania timur, pada awalnya mengatakan dia tertelan berus gigi kerana terjatuh.
deraan yang membuktikan dia telah jatuh. Tetapi setelah ditanya dengan lebih lanjut dia mengakui dia dan beberaHHidup Tanpa Berus Gigi
Awas kalau tak gosok gigi pergilah mu dari sisiku.. Bau dia halamak kalah bau kopi da..jauh sekali bau cik nescafe kat kedai halimah joggang tu erk.. Isyh.. mulu tak der insuran plak.
Apa akan jadi sekiranya kehidupan ini tanpa cik berus gigi?
- Kemungkinan kita akan menggunakan khidmat pakar jeari-jemari kita ..
- Ambil kain kemudian tenyeh kat gigi ..
- Kalau zaman Rasulullah ada kayu sugi

- Pasti gigi akan di jual dalam 25 karat..
- Sabut kelapa adalah gunakan sahaja. Ambil kayu ais – crem jadikan ia sebagai bahan pemegangnya
